|
Maklumat Sekolah
Maklumat Am
Sejarah Sekolah
Bangunan SMKBU(3) diserahkan kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor pada pukul 9.30 pagi, 7 November 2001
oleh Dinamik Maju Corporation Sdn. Bhd. Penyerahan ini
merupakan titik permulaan sejarah pembukaan SMKBU(3)
iaitu pada 1 November 2001.
Falsafah Pendidikan Malaysia
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarat
dan negara.
Motto Sekolah
BERUSAHA BERSATU BERJAYA
TOWARDS SUCCESS WE WORK TOGETHER
Visi Sekolah
SEKOLAH
UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
Misi Sekolah
MEMBANGUN
POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
Wawasan Sekolah
Bersama-sama mencapai pendidikan cemerlang, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak mulia dan serba boleh.
Piagam Pelanggan Sekolah
KAMI warga SMKBU(3) bertekad dengan penuh iltizam, berikrar dengan sepenuh daya usaha untuk:
Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
perpaduan bangsa Malaysia.
Menentukan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sama dan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan.
Mewujudkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti, bertatasusila dan berhemah tinggi dan serba boleh.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar.
Menjadikan warga pendidik dan kakitangan yang peka, responsif dengan kehendak dan keperluan pelajar dan juga mengamalkan perkhidmatan yang berteraskan sifat penyayang.
Logo dan Lencana Sekolah
|

|

|
|
Logo Sekolah
|
Lencana Sekolah
|
Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3),
Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama,
47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel
: 03 - 7727 6166
Fax : 03 - 7726 7199
Laman Web : http://www.smkbu3.edu.my/
Alamat E-mail : bea8643@ppdputama.net
/ smkbu3@tm.net.my
Lokasi GPS/Google Map : 3.140104
, 101.606159 (Lat : 3° 8' 24.3744" , Log :
101° 36' 22.1724")
Lokasi Sekolah
SMKBU(3) mempunyai 4 blok bertingkat 4 yang dibina atas tanah yang berkeluasan 6.0702 hektar /15 ekar. Sekolah ini terletak di Mukim Sungai Buloh, Petaling Jaya. Sebetulnya ia diletakkan di Bandar Utama (di hadapan Kolej KBU, Bandar Utama.
Pelan Sekolah
Sila klik sini untuk melihat pelan dan alamat sekolah.
Waktu Pejabat
|
Hari
|
Buka
|
Rehat
|
Buka
|
|
Isnin - Khamis
|
8.00 pagi - 1.00 tgh
|
1.00 tgh - 2.00 ptg
|
2.00 ptg - 5.00 ptg
|
|
Jumaat
|
8.00 pagi -12.15 tgh
|
12.15 tgh 2.45 ptg
|
2.45ptg 5.00 ptg
|
|
Sabtu - Ahad
|
Tutup
|
Keistimewaan SMKBU(3)
|
Tarikh
|
Keistimewaan SMKBU(3)
|
|
2008
|
Penerima Tan Sri Dato Seri Dr Jeffery Cheah Entrance Scholarship 2008
- Sunway University College
Mack Soon Ling (Cambridge A-Level Programme 2008)
|
|
2007
|
Tempat Pertama (Biasiswa RM2,000.00 dan wang Tunai RM300.00) Short Story Writing Competition 2007
- Inti College
Natalie Tan Sook Ling
|
|
|
Mempunyai Pancaragam Sekolah Menengah yang pertama di Zon Bandar Utama
|
|
2007/08
|
Kejohanan Bola Keranjang (Lelaki) Bawah 18 MSSD Johan 2007/08
|
|
2007/08
|
Kejohanan Bola Keranjang (Perempuan) Bawah 18 MSSD Johan 2007/08
|
|
2006/07/08
|
Kejohanan Bola Keranjang (Lelaki) Bawah 15 MSSD Johan 2006/07/08
|
|
2006/07/08
|
Kejohanan Bola Keranjang (Perempuan) Bawah 15 MSSD Johan 2006/07/08
|
|
|
Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam jadual waktu
|
|
|
Pengajaran ICT dalam jadual waktu
|
|
2007
|
Mempunyai Kelas Rancangan Khas mulai 2007
|
|
|
Sekolah Rintis Projek Khas Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
|
| |
The Malaysia Book of Records Longest Banner of Patriotic Messages 2008
|
| |
Pancaragam Sekolah Menengah yang utama di Zon Damansara
|
Guru-guru dan Staf Sokongan
Barisan Kepimpinan SMKBU(3)
GURU-GURU KANAN
|
PN SALAWATI BT AHMAD GHAZALI
|
- GK BAHASA
|
|
DATIN TAN KOK SUAN
|
- GK SAINS DAN MATEMATIK
|
|
PN HANIZA BT ABD RAHMAN
|
- GK TEKNIK DAN VOKASIONAL
|
|
PN ZAHARAH BT HAMZAH
|
- GK KEMANUSIAAN
|
KAUNSELOR SEKOLAH
CIK
RAJESWARI A/P SINNAKOUNDAN
PUAN JAMILAH
CIK HARMAIZAN
BINTI ABDULLAH
GURU
PERPUSTAKAAN & MEDIA
PUAN TAN SOA TIAM
Warga
Pendidik SMKBU(3)
Klik
sini untuk mendapatkan senarai Warga Pendidik SMKBU(3)
Tahun 2010
Carta Organisasi Pejabat Sekolah
Klik
sini untuk Carta Organisasi Pejabat Sekolah
Kakitangan Sekolah Tahun 2010.
|
Kakitangan
|
Bilangan
|
|
Guru
|
80
|
|
Staf Sokongan
|
10
|
|
Pengawal Keselamatan
|
4
|
|
Pekerja Swasta
|
10
|
Senarai
Buku Sekolah
Klik
sini untuk Senarai Buku Sekolah
Takwin
Penggal Persekolahan
Klik
sini untuk melihat Takwin Penggal Persekolahan 2012.
Cuti
Am dan Cuti Peristiwa
Klik
sini untuk melihat Cuti Peristiwa Tahun 2012.
Pengetua-pengetua
Sejarah
Pengetua-pengetua SMKBU(3)
|
Nama Pengetua
|
Tempoh
|
|
Pn
Azizah Binti Yusoff
|
22
Ogos 2005 hingga Sekarang
|
| Pn
Tan Wat Eng
|
Januari
2002 hingga 19 Ogos 2005
|
Yang Dipertua PIBG
Sejarah Yang dipertua PIBG
| Nama
Yang Dipertua PIBG |
Tempoh |
| Dato'
Ringo Kaw Fan Chu |
Februari 2011 hingga Sekarang |
| Datin
Peggy Leong Swee Peng |
Februari 2008 hingga Februari 2011 |
| En.
Ringo Kaw Fan Chu |
Februari
2004 - Februari 2008 |
| Tn
Hj Azlan b Yusof |
Februari
2003 - Februari 2004 |
| En.
Au Hah Chye |
Mei
2002 - Februari 2003 |
Senarai
Nama Ahli Jawatankuasa PIBG SMKBU3 Tahun 2011 
Penubuhan & Pelantikan Jawatankuasa Unit 2010
Fungsi
jawatankuasa PIBG
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan pesatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan akta pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(a) Yang Di-Pertua
(i)
Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat jawatankuasa
PIBG dan mesyuarat agung tahunan dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
(ii)
Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani
minit -minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
(iii)
Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta
memastikan bahawa peruntukan perlembagaan dipatuhi oleh
semua anggota persatuan.
(iv)
Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam
menjalankan tugas sebagai yang di-pertua.
(v) Boleh memanggil mesyuarat jawatakuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.
(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vii)
Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan
dengan sempurna dan teratur.
(viii)
Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan persatuan dari
semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua
selaku Penasihat Persatuan.
(b) Naib Yang Di-Pertua
(i) Bertanggungjawab membantu yang di-pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi yang di-pertua.
(ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi yang di-pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
(c) Setiausaha
(i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
(ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii)
Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat
jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
(iv)Menyediakan
laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat
Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan
dengannya.
(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan, jika perlu.
(d) Bendahari
(i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk
diaudit. Penyata
kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.
(ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii)
Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang
ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.
(iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
(v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
Lain Lain Jawatan
Penasihat Persatuan
(a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada PIBG dan persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut ;
(i) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
(ii) Mewakili pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang di buat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah
dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran Sekolah;
(iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
(iv) Meluluskan semua agenda Mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
(v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam Mesyuarat Persatuan;
(vi) Memastikan kegiatan Persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
(vii) Memastikan sumbangan persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaaan; dan
(viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.
(b) Juru Audit
(i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota jawatankuasa PIBG pada mesyuarat agung tahunan.
(ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:
(a) Mengaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(b) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan.
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2002/03
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2003/04
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2004/05
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2005/06
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2006/07
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2007/08
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2008/09
Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2009/10 
|